GEORGE TOWN: Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja kimpalan di sebuah tapak pembinaan dengan menggunakan 'scissor lift' atau pengangkat gunting, di sini, Sabtu lepas.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira 9.45 pagi dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan merupakan pekerja subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan penyaluran dan perpaipan di tapak pembinaan tersebut.
"Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri oleh rakan mangsa yang menyedari lelaki itu telah tergantung di atas 'scissor lift' dan rakannya membawa turun mangsa sebelum membawa dia keluar dari tapak pembinaan tersebut," menurut kenyataan itu dan mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.
JKKP Pulau Pinang memaklumkan notis pemberhentian kerja serta-merta bagi pemasangan penyaluran dan perpaipan di tapak pembinaan itu telah dikeluarkan.
Jabatan itu turut mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada pihaknya.
Menurut JKKP Pulau Pinang pihaknya akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti, selain mengadakan lawatan susulan ke premis tersebut selepas tindakan penambahbaikan serta pencegahan diambil.
"Adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
"Majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, perlu membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
JKKP Pulau Pinang mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian. - Gambar hiasan
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan
Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di George Town Pulau Pinang.
Mati tersepit ketika selenggara lori
Seorang pekerja penyelenggaraan maut apabila tersepit di bahagian bawah kabin lori di sebuah bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Jumaat.
Pekerja maut ditimbus simen mampat
Sebuah kilang simen di Hulu Kinta, dekat sini diarahkan menghentikan kerja-kerja pembersihan silo selepas seorang pekerja warga asing maut akibat ditimbus simen mampat, pada Isnin.
Pekerja maut dipercayai tersepit mesin pemampat kertas
Supian Alias berkata, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat lanjut punca sebenar kematian mangsa dalam kejadian jam 6.50 petang itu.
Pekerja maut terkena renjatan elektrik, syarikat didenda RM40,000
Syarikat konsortium pertanian Sinergi Perdana Sdn Bhd didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja.
Kadar kemalangan maut di tempat kerja berkurang - Mahfuz
Kesedaran majikan serta pekerja berkenaan kepentingan tempat kerja yang sihat serta selamat menjadi punca utama kepada penurunan terbabit.
Majikan perlu jadikan OSH sebagai budaya kerja
Data Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukkan sebanyak 711 kes kemalangan maut di tempat kerja dicatat di seluruh negara sepanjang tahun lepas.